Blogger Layouts

Friday, December 9, 2011

Aku mencintai Dia !


Assalamualaikum.....
sedar tak sedar sekarang daa msuk bulan 12..
dah akhir tahun pon..hehe..Hari nie terasa nak cerita tentang kisah aku dan dia..
banyak sebenarnya sepanjang 8 tahun perhubungan kami,bnyak perkara yang mencabar..
alhamdulillah.. kami lalui dgn hati yang tabah dan redha,,,,

Bila diungkapkan tentang maksud CINTA memang bnyak makna..
tetapi terpulang kpada seseorng bagaimana dia mntafsir tntang makna perasaan CINTA ini..
kadang- kadang,bila aku pikirkan balik..CINTA nie hanya dirasai oleh yang melaluinya saje..
perasaan masing2 sebenarnya..seseorang itu boleh mntafsir bagaimana dan sejauh mna perjalanan CINTA yang mereka alami..

Bagi aku,perasaan yang aku alami nie,,lebih mematangkan aku untuk menghadapi msa depan aku yang tak thu bagaimana lagy...semua tu bergantung atas kemampuan masin22..
Dia memang sempurna bagi aku,walaupun ape orang nak cakap,kekuatan cinta aku sukar nak dirobohkan..memang bnyak sangat dugaan yang kami alami..terlampau bnyak..kadang2 dah tak tertanggung lagi,,,Alamdulillah...Allah sentiasa kuatkan semangat aku mengharungi semua cubaan nie..kadang2 masalah itu hadir mcam air jew...laju sangat..hehe..tapi kadang2 tenang sangat..namun cinta aku hanyalah pada dia,,susah nak tukar yang lain...aduhaiii...penangan CINTA kot...

Sekarang ade la ckit2 tngah merancang untuk selangkah lagi..KAHWIN___hurmmm.....
nak sangat..hehe,sape tak nak kawin kan,,tnbah2 hubungan nie dah mencecah 8 tahun..
kalau daa kwin pon sekurang2nya dah dpat 2 orng anak..hehe..
Yaa ! mmg tak dinafikan,dia daa melamar aku..tapi,bukan aku tak nak..cuma aku mahu teruskan stdy dlu..untuk menjamin msa dpn ktaorg jugax..dia akur..alhamdulillah..
mungkin dlam msa terdekat nie lah..dalam 3 4 thun lagy kita akn kawin..
kira2 3 4 tahun tu lama kan..macam2 boleh tejadi..tapi kalau sama2 jga hbangan nie,insyaallah akan termakbul juga..amin...aku tahu doa2 keluarga,kawan2 sentiasa mngiringi perjalanan hubungan kami nie..harap2 kekal dan ape yang kami impikan jadi kenyataan..insyaallah..

Untuk Si Dia...
saya sayang sangat dekat awk..semoga hubungan kita kekal hingga ke jinjang pelamin,sbb tu inpian kita..walaupun bnyak dugaan yang kita tempuh,saya harap awk akn sntiasa sabar dgn ujian nie..sebenarnya ini adalah ujian untuk kita agar kita matang di msa akan datang..bnyak lagi yang perlu kita tempuh di masa akn datang..anggaplah ni ujian awal untuk kita..
saya syg sgt2 kat awk,dan saya tahu awk pon sama..saya akn sntiasa doakan awk dan doakan hubungan kita nie moga tercapai impian kita bergelar SUAMI ISTERI...terima kasih awk..

Tuesday, December 6, 2011

kesayanganku..


Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti. ...kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya? ?? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa.Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.
Renungilah.. . terima kasih padamu sahabatku..maafkanl ah diriku kerana selalu silap tafsir terhadap dirimu..

P/S: buat sahabat-sahabatku yang sering terkecil hati kerana perbuatan atau kekasaran bahasaku...aku memohon keampunan dari kalian...maafkanlah diriku....


Love_IQa Mazlan..